Sunday 10 May 2015

Sungguh indah perasaan pagi ini. Saya dibanjiri oleh ucapan hari ibu oleh anak- anak. " Selamat Hari Ibu Mama". Sangat comel dan manis perkataan itu dikeluarkan dari bibir mungil si kakak Afrina Sofea, dan Haikal Amsyar. Senyum meleret mama hari ini. Hati berbunga- bunga.

Seronok rupanya apabila melihat anak membesar depan mata. Setiap pergerakan, perlakuan yang makin berkembang mengikut perubahan masa dapat diamati oleh saya sendiri. Semakin besar anak-anak mama dan pandai berdikari  serta boleh menjaga adik ketika mama sedang sibuk. Apa lagi kegembiraan yang diharapkan oleh seorang ibu dan surirumah seperti saya selain melihat anak- anak membesar dengan riang ceria dan sempurna seadanya. Saya yakin semua ibu di luar sana samada yang bekerjaya atau tidak bekerja, mempunyai perasaan yang sama.




Si kecil Ariana Sabiha hari ini bagai memahami erti hari ibu. Sungguh bersopan dan tak banyak ragam. Asyik sungguh bermain, ketawa bersama kakak dan abangnya.



Terima kasih anak- anak hadiahkan kad yang sangat cantik. Apabila anak- anak buat mama gembira, mama pun teruja nak bagi mereka lebih gembira. Jom kita beli permainan!! .




Selama menjadi surirumah sepenuh masa, banyak perkara yang dapat dipelajari. Salah satunya bagaimana hendak menguruskan masa dengan baik. Tambahan pula anak bersekolah pada waktu pagi dan petang. Semuanya memerlukan perancangan. Ada baiknya membuat jadual aktiviti harian supaya semuanya teratur dan tersusun. Waktu kerja dahulu pun bos selalu mengingatkan mengenai kepentingan 'plan your work'. Rupanya boleh digunapakai di rumah juga.

Jadi, sempena hari ibu hari ini saya ingin mengucapkan selamat menjadi ibu kepada emak Hamidah binti Mat Isa. Terima kasih kerana menjadi emak yang terbaik untuk saya dan adik beradik. Pengorbanan mak tak mampu kami balas.  Hanya doa kepada Allah moga di panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah juga kebahagiaan dan kegembiraan dunia dan akhirat.

Ucapan ini turut dihadiahkan buat ibu mertua Noraziah Shahariman. Terima kasih kerana melahirkan anak yang terbaik buat saya. Anak mak menjadi ketua keluarga saya dan anak- anak. Penghargaan yang tak terhingga juga kerana menjadi ibu mertua yang sangat sempoi dan memahami.

Kepada pembaca blog saya yang bakal menjadi ibu dan sudahpun bergelar ibu, andalah mama, mentor dan rakan yang terbaik buat anak-anak.  Ucapan syabas dan tahniah juga kepada ibu-ibu semua kerana anda semua adalah ibu yang hebat.  Anda adalah inspirasi dan idola anak-anak anda.

Mari kita amati kata-kata ini. Semoga dapat memberi semangat kepada kita semua. Jumpa lagi.

" Tangan yang MENGGONCANG BUAIAN itulah Tangan yang bisa MENGGONCANG DUNIA"







No comments:

Post a Comment