Thursday 28 May 2015

Peluang "Upgrade" diri Di Kelas Asas Blog dan Fanpage


Salam kepada pembaca blog yang dikasihi semua.

Setelah sekian lama saya terkapai-kapai dalam situasi yang asing bagi saya yang sebelum ini begitu sibuk dengan rutin harian menjadi ibu yang berkerjaya, saya telah ditemukan dengan seorang guru yang juga seorang WAHM ( Work At Home Mama). Kisah bermula dengan membaca majalah wanita keluaran bulan April 2015, saya tertarik dengan ruangan di dalam majalah tersebut yang menceritakan kisah seorang surirumah yang berjaya. Saya amat kagum dengan surirumah ini dan ingin menggali bagaimana beliau boleh menjadi begitu berjaya sedangkan beliau juga seorang suri rumah seperti saya.
 
Seterusnya dengan azam yang menggunung, saya bertekad ingin menjadi seperti surirumah tersebut lalu saya mencari maklumat mengenai ABDR (Akademi Belajar Dari Rumah) di internet. Saya telah menghubungi salah seorang guru di ABDR iaitu Puan Zaila Mohamad. Apa yang mendorong saya untuk belajar di kelas ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor seperti berikut:
 
1. Masa Adalah Fleksibel.
 
Pelajar tidak dipaksa untuk belajar di waktu yang ditetapkan. Ia bergantung kepada kelapangan masa pelajar itu sendiri. Pelajar bebas untuk membuat tugasan dan berkomunikasi dengan guru pada bila-bila masa sahaja. Akademi ini memahami kesibukan surirumah yang masanya tidak menentu. Oleh itu waktu fleksibel yang diberi dalam kelas ini akan membantu pelajar untuk menguruskan rumah tangga dalam masa yang sama boleh mengikuti kelas dan menyelesaikan tugasan yang diberi.

2. Kaedah Pembelajaran Secara Online.

Amat mudah kaedah belajar sekarang ini dengan adanya kemudahan internet, kelas boleh dijalankan secara online. Pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Tugasan dan bimbingan yang diberikan adalah menerusi kaedah online di Facebook dan aplikasi whatsup. Pertanyaan juga boleh dibuat dengan kaedah yang sama. Tidak perlu bimbang kerana pelajar akan ditunjuk ajar secara detail seolah-olah guru berada di hadapan kita. Cara ini lebih memudahkan proses pembelajaran seorang suri rumah ataupun mereka yang sibuk dan berkerjaya. Pada masa yang terluang, tugasan boleh disiapkan dan tidak perlu menghadiri kelas secara offline jika kesuntukan masa. 

 
3. Belajar membina  perhubungan dengan dunia luar melalui blog dan fanpage
 
Bagi saya sendiri membina blog adalah perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran waktu dahulu. Saya lebih gemar membaca blog orang lain. Dengan pengetahuan yang 'zero' mengenai blog, saya telah diajar perkara-perkara asas dalam pembinaan sebuah blog. Bagi budak baru belajar seperti saya ini, banyaklah perkara yang saya tidak tahu. Pertanyaan yang terperinci khususnya berkenaan teknikal membuat blog sering diajukan kepada guru saya, Puan Zaila Mohamad. Terima kasih kepada Puan Zaila yang begitu sabar mengajar saya. Pandangan saya sebelum ini, blog adalah susah kerana saya tidak pandai untuk bercerita, membina ayat, menyusun kata. Tetapi melalui pembelajaran di kelas ini kita akan diajar, dipantau dan akan diberi cadangan serta panduan mengenai penulisan oleh guru kita. Melalui blog yang bagus pembaca akan tertarik dengan penulisan kita dan akan menjadi pengikut setia blog kita. Di sinilah perhubungan kita dengan dunia luar tercipta.
 
Begitu juga dengan fanpage yang kita bina untuk mempromosi produk kita. Tiada batasan had bilangan untuk dilihat oleh pencari maklumat. Dengan pembinaan fanpage lebih mudah pembaca serta pengguna untuk mencari maklumat khusus yang dikehendaki oleh mereka. Di kelas ini, guru  akan memberi tips bagaimana untuk membina fanpage yang berpengaruh. Saya juga diajar bagaimana untuk membuat pautan antara blog dan fanpage.

4. Penjenamaan diri melalui blog dan fanpage.

Menerusi blog dan fanpage sebenarnya kita mula memperkenalkan diri kita kepada orang luar. Ia boleh dilihat melalui entri yang dimasukkan ke dalam blog kita. Oleh itu penting bagi kita untuk mempamerkan imej yang baik melalui penulisan kita agar mudah dibaca dan difahami oleh pembaca. Penulisan yang kreatif akan membuat pembaca lebih tertarik dan akan sering mengunjungi blog kita. Guru saya juga berpesan agar menggunakan imej diri yang sebenar. Pemilihan nama blog amat penting bagi tujuan penjenamaan iaitu dengan menggunakan nama kita sendiri. Dengan menggunakan nama sendiri pembaca tidak akan keliru dan blog kita akan lebih mudah diakses oleh mereka.


5. Peluang Networking dengan WAHM yang Berjaya.

Suatu perkara yang menarik dalam menjebakkan diri dalam kelas ini adalah saya dikelilingi oleh surirumah yang terdiri daripada ahli WAHM (Work At Home Mama) dari Akademi Bekerja Dari Rumah yang telah terbukti berjaya. Ini adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. Mereka boleh dijadikan mentor untuk saya lebih mudah dan cepat untuk mencapai matlamat saya.  Apabila membuat sesuatu dengan sendiri, peluang untuk berjaya mungkin akan datang, tetapi mengambil masa. Dengan adanya networking bersama mentor yang berjaya peluangnya lebih cepat. Kita cuma perlu dapatkan ilmu dan belajar cara mereka bekerja dan bertindak. Mentor yang baik akan membawa kita bersama -sama mengecapi kejayaan dan tidak akan membiarkan kita hanyut seorang diri. Segala pandangan dan tunjuk ajar dari mereka adalah sesuatu yang berharga.

6. Blog lebih tersusun

Kelas ini juga mengajar cara lebih berkesan dalam ilmu penulisan. Walaupun sesetengah orang telah memiliki blog sendiri, tetapi  gaya penulisan adalah bebas sehingga kadang kadang lari dari matlamat asal blog. Dengan bimbingan guru di sini, kita diajar supaya lebih fokus  terhadap sesuatu bidang. Ia akan berkait rapat dengan aktiviti harian, hobi, atau pendidikan kita. Sebagai penulis blog juga kita akan lebih mudah untuk membuat entri sekiranya kita menumpukan perhatian terhadap satu perkara.

7. Belajar Bina Kedai Online.

Di dalam kelas ini juga, saya dibimbing oleh guru saya untuk mula belajar berniaga. Walaupun saya sendiri tidak mempunyai produk untuk dijual, ia tidak menjadi masalah kerana pelajar disediakan produk untuk dijual. Pelajar diminta untuk membuat fanpage supaya mudah mempromosi barangan jualan. Kedai online membantu kita memperkenalkan, menjual barangan tanpa berjumpa secara bersemuka dengan pelanggan. Malah kedai online ini sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai modal untuk mula berniaga. 

Oleh itu bagi suri rumah yang masih tercari-cari peluang untuk mencari ilmu atau membina perniagaan, kelas asas blog dan fanpage di Akademi Bekerja Dari Rumah ini amat sesuai untuk langkah pertama. Usah berlengah lagi. Kelas ini mudah untuk diikuti. Ia adalah kerana kelas ini fleksibel, mudah dan begitu santai.

Beri peluang kepada diri sendiri untuk 'upgrade' ilmu dan nilai dalam diri. Seperti pesanan guru saya, Puan Zaila Mohamad, untuk belajar di kelas ini kita perlu banyak bersabar dan banyakkan bertanyakan pelajaran yang tidak difahami. Buatlah rujukan dengan guru atau  mereka yang lebih berjaya In Shaa Allah segalanya akan dipermudahkan olehNya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas ini bolehlah menghubungi guru saya Puan Zaila Mohamad melalui email zailamohamad@gmail.co

Saya juga boleh dihubungi melalui email iaitu nooraidashukri@gmail.com atau  facebook Nooraida Mohd Shukri dan talian 019-2678980.





 



 

Wednesday 13 May 2015

SAMBAL KENTANG MARVELOUS



PASTI SEDAP 😘😘
PEDAS-PEDAS MANIS
KRUP!! KRUP!! RANGUP

Inilah dia sambal kentang yang pastinya disukai ramai. Dengan rasa yang rangup bila dikunyah membuatkan rasa sekali pasti nak tambah lagi.

Boleh dinikmati bersama nasi panas atau boleh dimakan begitu saja.  Lebih bagus dijadikan snek sambil melayan telenovela, cerekarama, cerita Korea, cerita Jepun, hatta cerita hindustan sekalipun.

Mari saya cadangkan kegunaan produk sambal kentang ini lagi selain dari di atas:

1.  Pemberian kepada ibu mertua (cara ambil hati ibu mertuaku..😊😊) 

2. Buah tangan atau sedekah pada jiran ( dapat pahala sedekah)

3. Kebanyakan orang melayu ni perutnya tetap nak makan masakan kampung walau pergi ke mana- mana. Kalau melancong ke luar negeri boleh susah hati memikirkan pasal makanan. Senang sekali, tak perlu pening- pening, bawa la sambal kentang ini bersama. Mudah kan?



Ingin mencuba kelazatan sambal kentang?. Jangan segan- segan, sila p.m (facebook : Nooraida Mohd Shukri) atau whatsup ke no 0192678980. 



Sunday 10 May 2015

Sungguh indah perasaan pagi ini. Saya dibanjiri oleh ucapan hari ibu oleh anak- anak. " Selamat Hari Ibu Mama". Sangat comel dan manis perkataan itu dikeluarkan dari bibir mungil si kakak Afrina Sofea, dan Haikal Amsyar. Senyum meleret mama hari ini. Hati berbunga- bunga.

Seronok rupanya apabila melihat anak membesar depan mata. Setiap pergerakan, perlakuan yang makin berkembang mengikut perubahan masa dapat diamati oleh saya sendiri. Semakin besar anak-anak mama dan pandai berdikari  serta boleh menjaga adik ketika mama sedang sibuk. Apa lagi kegembiraan yang diharapkan oleh seorang ibu dan surirumah seperti saya selain melihat anak- anak membesar dengan riang ceria dan sempurna seadanya. Saya yakin semua ibu di luar sana samada yang bekerjaya atau tidak bekerja, mempunyai perasaan yang sama.




Si kecil Ariana Sabiha hari ini bagai memahami erti hari ibu. Sungguh bersopan dan tak banyak ragam. Asyik sungguh bermain, ketawa bersama kakak dan abangnya.



Terima kasih anak- anak hadiahkan kad yang sangat cantik. Apabila anak- anak buat mama gembira, mama pun teruja nak bagi mereka lebih gembira. Jom kita beli permainan!! .




Selama menjadi surirumah sepenuh masa, banyak perkara yang dapat dipelajari. Salah satunya bagaimana hendak menguruskan masa dengan baik. Tambahan pula anak bersekolah pada waktu pagi dan petang. Semuanya memerlukan perancangan. Ada baiknya membuat jadual aktiviti harian supaya semuanya teratur dan tersusun. Waktu kerja dahulu pun bos selalu mengingatkan mengenai kepentingan 'plan your work'. Rupanya boleh digunapakai di rumah juga.

Jadi, sempena hari ibu hari ini saya ingin mengucapkan selamat menjadi ibu kepada emak Hamidah binti Mat Isa. Terima kasih kerana menjadi emak yang terbaik untuk saya dan adik beradik. Pengorbanan mak tak mampu kami balas.  Hanya doa kepada Allah moga di panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah juga kebahagiaan dan kegembiraan dunia dan akhirat.

Ucapan ini turut dihadiahkan buat ibu mertua Noraziah Shahariman. Terima kasih kerana melahirkan anak yang terbaik buat saya. Anak mak menjadi ketua keluarga saya dan anak- anak. Penghargaan yang tak terhingga juga kerana menjadi ibu mertua yang sangat sempoi dan memahami.

Kepada pembaca blog saya yang bakal menjadi ibu dan sudahpun bergelar ibu, andalah mama, mentor dan rakan yang terbaik buat anak-anak.  Ucapan syabas dan tahniah juga kepada ibu-ibu semua kerana anda semua adalah ibu yang hebat.  Anda adalah inspirasi dan idola anak-anak anda.

Mari kita amati kata-kata ini. Semoga dapat memberi semangat kepada kita semua. Jumpa lagi.

" Tangan yang MENGGONCANG BUAIAN itulah Tangan yang bisa MENGGONCANG DUNIA"







Friday 8 May 2015

Rawatan rambut gugur

" Amboi mama wanginya rambut", kata anak kedua saya Haikal pada suatu malam sambil tersenyum comel. " Malam pun kena pakai minyak wangi ke?" "Pakai minyak wangi di kepala ke?" Bertubi- tubi soalan Haikal menerjah telinga.

Nampaknya anak-anak saya pun prihatin atas kelainan mama mereka akhir- akhir ini. Terasa geli hati dengan gelagat mereka yang asyik memerhati mamanya ini mengurut kepala sambil bauan menyegarkan mula menusuk hidung kami.

Mengimbau kembali ketika dan selepas saya berpantang anak ke 3,  saya mengalami keguguran rambut yang agak teruk. Setiap kali menyikat rambut akan kelihatan rambut-rambut yang gugur  dan jatuh ke lantai. Sakit mata dan rimas buatnya memandang helaian rambut yang gugur itu.

Sumber: google


Sumber:google

Oleh kerana masalah ini berlarutan beberapa lama tambahan pula rambut saya tebal dan panjang, saya mengambil keputusan untuk memotong agar mudah diurus. 

Semasa proses menggunting rambut, saya dinasihati oleh pakar di pusat salun itu supaya menggunakan syampu yang bersesuaian itu 'hair fall shampoo", perapi dan juga tonik rambut. 

Jujur katakan bahawa selama ini saya hanya menggunakan syampu dan perapi sahaja tanpa mengambil peduli mengenai tonik rambut.  Risau rambut akan kembali gugur, saya telah mula menggunakan tonik rambut. Saya telah diperkenalkan dengan tonic 'Italy Ogani Hair Tonic' yang dirumuskan daripada bahan- bahan seperti ekstrak biji buah anggur dan ekstrak daun ginkgo biloba. Produk ini adalah keluaran daripada negara Itali dan sememangnya produk ini halal digunakan.



Perasaan teruja menggunakan tonik ini untuk rawatan rambut gugur pada asalnya, ditambah lagi kerana baunya sungguh harum dan wangi seperti kita memakai minyak wangi.  

Cara penggunaannya sungguh mudah. Hanya semburkan di beberapa bahagian kepala (kulit kepala)  sahaja. Kemudian buat urutan beberapa saat dan anda akan rasakan kepala anda amat segar dan nyaman. Perasaan segar itu akan bertambah nikmat dengan bauan yang sangat harum. Keharumannya akan dirasai, dihidu disetiap ruang bilik.

Dengan campuran ramuan - ramuan organik masalah rambut gugur saya dapat di atasi. Saya juga perasan yang kulit kepala saya juga bebas dari kelemumur. Kulit kepala pula kelihatan putih dan sihat. Tekstur tunjang rambut menjadi kukuh. Saya sangat bersyukur dan berpuas hati dengan tonik ini. 

Saya amat mengesyorkan kepada anda yang mengalami masalah seperti saya supaya mencuba tonik ini. Semoga dapat manfaatnya. Setakat ini dahulu entry saya. Jumpa lagi.




Sumber: google


" Katakan TIDAK pada rambut gugur".

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan tonik 'Italy Ogani Hair Tonic' bolehlah terus komen diruangan yang disediakan.


Wednesday 29 April 2015

Salam Perkenalan

Bismillah.Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum

Saya mulakan coretan ini dengan memperkenalkan diri saya. Nama saya Nooraida Binti Mohd Shukri. Saya dilahirkan pada 14 Ogos 1980 di Jitra, Kedah. Ibu kepada 3 orang anak( 2 perempuan dan seorang lelaki).Memandangkan saya ini anak seorang tentera maka saya membesar dan bersekolah rendah di merata negeri iaitu kedah, Sabah, Johor dan di Perak.

Mendapat pendidikan Menengah di Sekolah Men.Tun Perak, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Selepas SPM, saya menyambung pelajaran di UKM dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan selama 3 tahun. Bermula dari situ saya belajar berdikari kerana sebelum ini tidak pernah berjauhan dari keluarga dan tidak tinggal di asrama. Banyak perkara yang dipelajari selain dari kehidupan seorang siswi yang agak sibuk menyiapkan tugasan, nilai persahabatan, kecekalan dan pengorbanan juga ditempuhi.

Selepas tamat belajar, saya mendapat kerja di sebuah kolej swasta di Pulau Pinang. Saya bekerja di bahagian kewangan kolej tersebut selama 12 tahun dan menjawat jawatan penolong pengurus kewangan. Pengalaman menguruskan akaun bayaran bagi syarikat menuntut banyak kesabaran, ketekunan dan kebolehan kita untuk berurusan dengan pelajar, pihak pengurusan dan juga vendor yang masing- masing mempunyai karenah serta keperluan yang berbeza.

Langit tidak selalu cerah, ketika berada dalam keadaan yang selesa iaitu mempunyai kerja yang tetap dan gaji yang agak lumayan, saya dikejutkan dengan keadaan syarikat yang goyah. Hati jadi tidak keruan apabila memikirkan komitmen bulanan serta pemberian bulanan kepada ibu bapa yang terpaksa diberhentikan. Semasa cuti berpantang anak ke 3, syarikat terpaksa ditutup dan sejak itu bermula episod saya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.
Sumber: google

Pada permulaannya memang saya sangat tertekan tetapi berbekalkan semangat dari suami dan keluarga yang sentiasa memberi sokongan,  saya sedar saya perlu redha dengan apa yang terjadi kerana pasti ada hikmah dah rahsia disebalik semua ini.

Saya perlu BANGKIT demi keluarga ini. Saya kuatkan azam dan bertekad untuk menjadi seorang isteri, ibu dan anak yang lebih baik. Saya ingin menjadi seorang suri rumah yang berjaya dimana dapat membantu suami dan juga menjadi kebanggaan kepada anak-anak.

Pada masa kelapangan saya isikan dengan membaca buku pelaburan dari pelabur terkenal dalam dan luar negeri. Selain dari itu juga saya amat suka membaca kata- kata hikmah dan motivasi diri agar kata - kata ini dapat membakar semangat saya untuk teruskan perjuangan menuntut ilmu perniagaan sebanyak mungkin.

Akhir sekali  saya amat berharap agar matlamat untuk menjadi seorang wanita, isteri, ibu yang berjaya dunia dan akhirat tercapai dan juga dapat memberi dorongan kepada wanita- wanita lain di luar sana.

Wallahualam.
Terima kasih.